Jumaat, 28 Ogos 2009

Gambar Hiasan KANJU DAN ISTERINYA


Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Anak Lelaki Kanju, Menurutnya sewaktu beliau masih kecil neneknya telah bercerita melalui tangon bahawa isteri KANJU ialah DORIMBOI BTE LONGKIAT berasal dari KG SOLONG RANAU
Menurutnya beliau pernah mendengar serba sedikit tentang kedatangan Kanju ke Ranau..
Menurutnya Kanju datang ke kawasan tanah rata (Ranau) adalah untuk mencari rezeki. Beliau membawa peralatan seperti besi-besi dan tajau melalui sungai. Tidak diceritakan di mana dan apa sungainya. Kononnya setiap kali Kanju datang ke kawasan tanah rata itu, dia akan menginap di rumah keluarga isteri Kanju.
Maka dengan ini beliau tertarik dengan salah seorang keluarga tempat beliau menginap. Beliau telah memilih seorang wanita yang terhandal dengan ilmu mentera tentang kemburongoh. Dikatakan juga tidak ada tandingan wanita tersebut tentang ilmu mentera kemburogoh pada masa itu. Keluarga wanita tersebut telah bersetuju Kanju menjadi keluarga mereka kerana mereka sudah mengetahui latar belakang Kanju yang lebih kurang setanding dengan ilmu wanita tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa semasa neneknya masih hidup, beliau telah diceritakan nama isteri Kanju tetapi beliau sudah lupa siapa namanya. Menurutnya lagi pada tahun 1960-an beliau (Nuri ) dengan emaknya pergi ke Tamu Ranau dan berjumpa dengan beberapa orang Iban di Tamu sedang menjual barangan dari Sarawak.

Emaknya pun mengambil peluang untuk bertanya sama ada mereka pernah dengar tentang nama Kanju. Mereka menyatakan pernah mendengar nama Kanju dan keturunannya banyak di Ulu Iban Sarawak. Tetapi tidak menyatakan di mana letak Ulu Iban tersebut.

Sebahagian Gambar Orang-Orang Penting


Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Anak Lelaki Kanju, beliau pernah mendengar neneknya bercerita tentang anak Kanju iaitu Sindak adalah anak pertama Kanju, seterusnya Gindap, Gatut, Gonsim, Gintok, Gonsinim dan paling bongsu Gampalo. Beliau juga telah diceritakan bahawa Sindak dan Gindap tidak pernah berpisah. Sindak juga pernah menjadi ketua di kampung Bundu disamping itu Gindap sebagai pembantu. Gindap lebih tinggi daripada Sindak tetapi Sindak lebih besar badannya daripada Gindap. Paling lewat kahwin antara mereka ialah Gindap kerana beliau terlalu minat ‘Misagod’. Dan paling awal meninggal antara mereka ialah Gonsim.

Tajau Peninggalan Keluarga GONSIM



Daripada Sadimah Binti Gubayau Bin Gumbitan Bin Gonsim Anak Perempuan Kanju, menyatakan bahawa Tajau yang ada di belakang rumahnya adalah Tajau keluarga. Tajau ini digunakan oleh keluarga untuk ‘moginakan’ (pertemuan keluarga/saudara) harap keluarga Kanju dapat membina tapak pondok untuk tempat menyimpan Tajau tersebut.

Sebahagian Gambar Orang-Orang Penting


Daripada Daniel Bin Golida Bin Barin Bin Gintok Anak Lelaki Kanju, pernah mendengar bapanya bercerita tentang Barin Bin Gintok bahawa Barin berbadan besar dan mempunyai kulit kehitam-hitaman.

Daripada mendiang Nanuil Bin Golida Bin Barin Bin Gintok Anak Lelaki Kanju, beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang asal usul Gintok ialah dari kampung Bundu. Gintok berkahwin dengan perempuan waang.

Sebahagian Gambar Orang-Orang Penting



Daripada Majingol Bin Inggidon Bin Gampalo (Gansas) Anak Lelaki Kanju, beliau telah pun mengetahui lebih awal sebelum pencarian keluarga Kanju bahawa beliau mempunyai keturunan Iban tetapi tidak tahu dari mana asalnya.

Sebahagian Gambar Orang-Orang Penting


Daripada Kinsun Bin Gumindol Bin Kaddayau Bin Gumarui Bin Gatut Anak Lelaki Kanju, pernah bertanya kepada datuknya pada tahun 1960-an sewaktu datuknya masih hidup tentang keturunan Gatut. Datuknya memberitahu bahawa, anak Gatut ialah Lingguai, Gijaran, Gumarui, Kandarin dan Yokondoi. Keturunan Gatut ini telah di tulis oleh Kinsun pada masa itu, dan sehingga Kajian Keluarga ini dibuat beliau masih mengingatinya. Beliau juga menyatakan bahawa isteri Gatut ialah Gokim. Manakala anaknya Lingguai isterinya Golindip, apabila Lingguai meninggal adiknya Gijaran mengahwini Golindip. Kemudian Kandarin suaminya Gasalat, dan Yokondoi Suaminya Gunsiar, Manakala Gumarui pula isterinya Kondolin.

Sebahagian Gambar Orang-Orang Penting



Daripada Rasimah Binti Dualis Bin Gulagoi Binti Gondisoi Binti Gonsim Anak Perempuan Kanju, beliau menayatakan bahawa isteri Limbunan ialah Pangi. Pangi adalah salah seorang daripada 8 orang anak Gonsim. Beliau seterusnya mengesahkan Kupin adalah dari keturunan Kanju. Beliau menegaskan bahawa antara saudara yang perlu disiasat keturunannya ialah Gudumi, Alam isteri Dato Ghani Gilong, Yumpil Isteri En. Sepikit, dan Wineh Binti Gabando kerana mereka mungkin dari keturunan Kanju.
( Pertemuan di antara Rasimah Dualis, Ishak Sanudin, Dora Ladat, Apollo Ladat dan Paulina Ingkam. Jam 3.30 petang 02/12/2005).