Jumaat, 28 Ogos 2009

Gambar Hiasan KANJU DAN ISTERINYA


Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Anak Lelaki Kanju, Menurutnya sewaktu beliau masih kecil neneknya telah bercerita melalui tangon bahawa isteri KANJU ialah DORIMBOI BTE LONGKIAT berasal dari KG SOLONG RANAU
Menurutnya beliau pernah mendengar serba sedikit tentang kedatangan Kanju ke Ranau..
Menurutnya Kanju datang ke kawasan tanah rata (Ranau) adalah untuk mencari rezeki. Beliau membawa peralatan seperti besi-besi dan tajau melalui sungai. Tidak diceritakan di mana dan apa sungainya. Kononnya setiap kali Kanju datang ke kawasan tanah rata itu, dia akan menginap di rumah keluarga isteri Kanju.
Maka dengan ini beliau tertarik dengan salah seorang keluarga tempat beliau menginap. Beliau telah memilih seorang wanita yang terhandal dengan ilmu mentera tentang kemburongoh. Dikatakan juga tidak ada tandingan wanita tersebut tentang ilmu mentera kemburogoh pada masa itu. Keluarga wanita tersebut telah bersetuju Kanju menjadi keluarga mereka kerana mereka sudah mengetahui latar belakang Kanju yang lebih kurang setanding dengan ilmu wanita tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa semasa neneknya masih hidup, beliau telah diceritakan nama isteri Kanju tetapi beliau sudah lupa siapa namanya. Menurutnya lagi pada tahun 1960-an beliau (Nuri ) dengan emaknya pergi ke Tamu Ranau dan berjumpa dengan beberapa orang Iban di Tamu sedang menjual barangan dari Sarawak.

Emaknya pun mengambil peluang untuk bertanya sama ada mereka pernah dengar tentang nama Kanju. Mereka menyatakan pernah mendengar nama Kanju dan keturunannya banyak di Ulu Iban Sarawak. Tetapi tidak menyatakan di mana letak Ulu Iban tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan