Jumaat, 21 Ogos 2009

Pemberi Maklumat Penting Mengenai KANJU

01. Daripada Ahmad Bin Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau pernah mendengar Gumpok Bin Giong Bin Gindap Bin Kanju menceritakan mengenai nama bapa Gindap iaitu Kanju dan berketurunan Iban/Dayak asli.
02. Daripada Ishak Bin Aninah Binti Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau pernah diceritakan oleh neneknya Khatijah tentang ikatan persaudaraan sebahagian daripada keturunan Kanju. Antaranya iaitu Inggidon, Gelida, Gulagoi, Edong, Patuk, Geporoi dan Seliun tetapi tidak diceritakan bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud
03. Daripada Guruak Bin Giong Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa saudara kandung Gindap ialah Sindak.
04. Daripada Nasiah Binti Dualis Bin Gulagoi Binti Gondisoi Binti Gonsim Binti Kanju, beliau pernah mendengar cerita daripada neneknya Gulagoi bahawa anak Kanju ada 7 orang adik beradik.
05. Daripada Kimleh Binti Laisah Binti Sallehin Bin Gunting Bin Sindak Bin Kanju, beliau pernah diceritakan oleh Gulagoi Binti Gondisoi Binti Gonsim Binti Kanju bahawa anak Kanju 7 orang adik beradik.
06. Daripada Patuk Binti Gijaran Bin Gatut Bin Kanju, beliau mengesahkan bahawa anak Kanju ada 7 orang tetapi beliau tidak ingat kesemuanya. Antara yang di sebut selain daripada ialah Gonsim dan Gonsinim.
07. Daripada Majingol Bin Ingidon Bin Gampalo (Gansas) Bin Kanju, beliau telah pun mengetahui lebih awal sebelum pencarian keluarga Kanju bahawa beliau mempunyai keturunan Iban tetapi tidak tahu dari mana asalnya.
08. Daripada Guntad Bin Tumbigoi Binti Barin Bin Gintok Bin Kanju telah pun mengetahui lebih awal bahawa keturunannya ada darah keturunan Iban.
09. Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Bin Kanju, beliau pernah mendengar neneknya bercerita tentang anak Kanju iaitu Sindak adalah anak pertama Kanju, seterusnya Gindap, Gatut, Gonsim, Gintok, Gonsinim dan paling bongsu Gampalo. Beliau juga telah diceritakan bahawa Sindak dan Gindap tidak pernah berpisah. Sindak juga pernah menjadi ketua di kampung Bundu disamping itu Gindap sebagai pembantu. Gindap lebih tinggi daripada Sindak tetapi Sindak lebih besar badannya daripada Gindap. Paling lewat kahwin antara mereka ialah Gindap kerana beliau terlalu minat ‘Misagod’. Dan paling awal meninggal antara mereka ialah Gonsim.
11. Daripada Bula Bin Rangkata Bin Lungkian (Orang Rugading) beliau pernah melihat Gayamut @ Khatijah Binti Gindap Bin Kanju datang di rumah Gidda Bin Gowutong Binti Yulim Binti Gensim Binti Kanju di kampung Rugading. Menurutnya lagi kadang-kadang Gayamut @ Khatijah akan diberi ‘Sinalau’ oleh Gidda. Bula juga pernah mendengar daripada orang tua-tua sewaktu kecilnya tentang nama Sindak dan Gindap di kampung Bundu. Menurutnya lagi jari Sindak sebesar pisang emas yang paling besar. Sindak dan Gindap juga sezaman dengan Gayo Wulun (Boyo’on ) kampung Matan-matan yang dibunuh oleh 7 orang anak muda Nampasan sewaktu beliau mengangkat buluh untuk dibuat rumah. Bula juga sempat melihat rangka tulang ketua Matan-matan itu digantung dibumbung rumah salah seorang di kampung Nampasan. Badan Sindak dan Gindap lebih kurang sama dengan gayo wulun matan-matan. Mengikut cerita Bula lagi bahawa tulang yang dilihatnya di Nampasan panjang-panjang dan mengikut perkiraannya sekarang sudah tidak ada lagi rangka orang Dusun sebesar dan sepanjang rangka tulang tersebut.
(Pertemuan di antara Ishak Sanudin, Bula Rangkata danHadimin Saimin)
12. Daripada Nanuil Bin Gelida Bin Barin Bin Gintok Bin Kanju, beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang asal usul Gintok ialah dari kampung Bundu. Gintok berkahwin dengan perempuan waang.
13. Daripada Guntad Bin Tumbigoi Binti Barin Bin Gintok Bin Kanju beliau mengesahkan bahawa hampir semua nama-nama yang ada dalam carta keluarga Kanju dikenalinya dan ada ikatan persaudaraan.
14. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju, beliau mengesahkan bahawa semua keturunan anak-anak Kanju yang 7 orang adalah saudaranya.
15. Daripada Kinsun Bin Gumindol Bin Kadayau Bin Gumarui Bin Gatut Bin Kanju, beliau sudah pun tahu ikatan persaudaran sebahagian daripada keturunan kanju sebelum kajian keluarga ini dibuat.
16. Daripada Guruak Bin Giong Bin Gindap Bin Kanju, beliau menceritakan bahawa isteri Kaddyau memanggil Ipar (Gasi) kepada bapanya Giong.
17. Daripada Azwan Bin Gindalu Bin Gendisoi Binti Kandarin Binti Gatut Bin Kanju pernah mendengar daripada bapanya tentang ikatan persaudaran sebahagian daripada 7 keturunan anak-anak Kanju.
18. Daripada Mazlan Bin Ranggang Bin Sagamoh Bin Gonsinim Binti Kanju, bahawa beliau mengesahkan Garot Bin Geporoi Bin Sindak Bin Kanju selalu datang di kampung Napong dan pernah tinggal di rumah bapanya Ranggang. Garot menyatakan bahawa mereka adalah saudaranya.
19. Daripada Playrius Bin Madisang Bin Gindalu Bin Kondosoi Binti Kandarin Binti Gatut Bin Kanju, bahawa beliau pernah mendengar datuknya bercerita tentang ikatan persaudaraan sebahagian daripada keturunan Kanju, tetapi tidak menceritakan bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud.
20. Daripada Bula Bin Rangkata Bin Lugkian, beliau menyatakan bahawa bapa Kungkinai, Lungos, Dengkiri, Kungkung dan Gidda ialah Gutau dari Temis dan ibu mereka dari Matan bernama Gewutong.
21. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju, pernah diceritakan oleh datuknya bahawa mereka ada 3 orang adik beradik anak Yulim iaitu Gungguman , Gewutong dan Gerindou. Gewutong telah berkahwin dengan orang Bundu berasal dari Temis.
22. Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Bin Kanju, bahawa beliau pernah diceritakan oleh neneknya tentang Sindak. Pada suatu hari Sindak pergi memburu di sebelah Muruk. Dalam perjalanannya, Sindak terjumpa sebuah pondok (Sulap) dan terdengarlah beliau suara anak menangis. Lantas Sindak pun mencari darimana tangisan budak tersebut. Rupa-rupanya seorang budak baru berkaki empat sedang menyusu Ibunya yang sudah meninggal. Lantas Sindak pun pulang dan menceritakan kepada Isterinya Kurip. Kurip pun tidak melengahkan masa lantas menyuruh Sindak mengambil budak tersebut. Pendek cerita setelah Sindak mengambilnya lalu Kurip pun memandikannya dengan bacaan menteranya di sungai Liwagu. Semasa Kurip memandikannya maka keluarlah asap dari umbun-umbun budak tersebut. Mereka menganggap budak tersebut anak sendiri sehingga dewasa. Keturunannya ialah Edong Bin Gunsiar. Rasimah Binti Dualis, dan Nasiah Binti Dualis juga pernah mendengar daripada neneknya tentang seorang anak yang dijumpai oleh Sindak Bin Kanju. Menurut nenek mereka iaitu Gulagoi Binti Gendisoi Binti Gensim Binti Kanju, anak angkat Sindak tersebut telah dikahwinkan dengan anak Saudara neneknya iaitu anak perempuan Gatut Bin Kanju ( Yokondoi Binti Gatut ).
23. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju, bahawa beliau pernah dibawa oleh Giong Bin Gindap Bin Kanju pergi ke kampung Bundu untuk mengambil Langsat, kerana mengikut Giong langsat tersebut kepunyaan keluarga Kanju..
24. Daripada Madisang Bin Gindalu Bin Kendosoi Binti Kandarin Binti Gatut Bin Kanju, beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang ikatan saudara di Napong ( Keluarga Gensinim dan keluarga Gampalo), Geporoi Bin Sindak, Giong Bin Gindap, Gelida Bin Barin Bin Gintok, Gulagoi Binti Gendisoi Binti Gensim, dan sebahagian lagi di Rugading. Dan beliau mengesahkan bahawa beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang Kondolin, Kandarin, Gumarui, Yokondoi dan Gatut, seterusnya mengesahkan bahawa beliau adalah dari keturunan Gatut Bin Kanju.
25. Daripada Rakiu Binti Gindalu Bin Kondosoi Binti Kandarin Binti Gatut, beliau tidak pernah mendengar tentang ibu dan bapa kondosoi. Dan beliau menyatakan tidak mengetahui keturunanya daripada Gatut Bin Kanju. Oleh itu beliau tidak berani mengesahkan yang keturunannya daripada Gatut Bin Kanju, tetapi mengesahkan semua anak Gatut adalah saudaranya.
26. Daripada Kinsun Bin Gumindol Bin Kaddayau Bin Gumarui Bin Gatut Bin Kanju, pernah bertanya kepada datuknya pada tahun 1960-an sewaktu datuknya masih hidup tentang keturunan Gatut. Datuknya memberitahu bahawa, anak Gatut ialah Lingguai, Gijaran, Gumarui, Kandarin dan Yokondoi. Keturunan Gatut ini telah di tulis oleh Kinsun pada masa itu, dan sehingga Kajian Keluarga ini dibuat beliau masih mengingatinya. Beliau juga menyatakan bahawa isteri Gatut ialah Gokim. Manakala anaknya Lingguai isterinya Golindip, apabila Lingguai meninggal adiknya Gijaran mengahwini Golindip. Kemudian Kandarin suaminya Gasalat, dan Yokondoi Suaminya Gunsiar, Manakala Gumarui pula isterinya Kondolin.
27. Daripada Daneil Bin Golida Bin Barin Bin Gintok Bin Kanju, pernah mendengar bapanya bercerita tentang Barin Bin Gintok bahawa Barin berbadan besar dan mempunyai kulit kehitam-hitaman.
28. Daripada Salani Bin Saudah Bin Gampalo Bin Kanju, bahawa beliau sudah pun mengetahui ada ikatan saudara dengan Gumpok, Lasiman dan Garot sebelum kajian keluarga dijalankan, kerana diberitahu oleh Gumpok Bin Giong Bin Gindap Bin Kanju. Beliau juga pernah melihat Patuk Binti Gijaran Bin Gatut Bin Kanju dan Gayamut @ Khatijah Binti Gindap Bin Kanju datang ke rumah Ranggang di kg Napong.
29. Daripada Yakin Bin Patuk Binti Gijaran Bin Gatut Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa ibunya dan Gayamut @ Khatijah Binti Gindap Bin Kanju ketika dahulu selalu datang di rumah Ranggang Bin Sagamoh Bin Gensinim Binti Kanju di kg Napong.
30.Sataing Binti Yonduik Binti Gorindou Bin Yulim Binti Gonsim Binti Kanju, pernah mendengar Gulagoi Binti Gondisoi bersama datuknya bercerita tentang nenek mereka adalah sama iaitu Gensim.
31. Daripada Nawali Bin Kandaran ( Orang Rugading ) beliau menceritakan tentang nama orang yang dibunuh oleh anak muda Nampasan itu ialah Gombungon. Gombungon dibunuh sewaktu beliau mengangkat buluh. Kepala dan tangannya dibawa ke Nampasan. Beliau sempat melihat tengkoraknya bersama dengan tengkorang yang lain di sangkut di rumah seluntoi ketua kampung Nampasan pada tahun 1930-an.
32. Daripada Nawali Bin Kandaran juga menyatakan bahawa Encik Limbuai iaitu bapa kepada Kimbaro sedang mengasah parangnya sewaktu anak-anak muda Nampasan dikejar oleh saudara-saudara Gombungon. Kimbaro adalah suami Kungkung Binti Gowutong Binti Yulim Binti Gonsim Binti Kanju. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1860-an.
33. Daripada Azwan Bin Gindalu Bin kondosoi Binti Kondolin Binti Gatut Bin Kanju, mengesahkan bahawa beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang ikatan persaudaraan dengan Ranggang Bin Sagamoh Bin Gonsinim Binti Kanju dan Jauman Bin Siah Binti Saudah Bin Gempalo Bin Kanju.
34. Daripada Aninah Binti Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, bahawa beliau pernah mendengar ibunya iaitu Khatijah menyebut nama Gatut, Sindak, Gonsim, Gompalo,Gonsinim, dan Gintok.
35. Daripada Daneil Bin Golida Bin Barin Bin Gintok Bin Kanju, bahawa beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang Barin, iaitu Barin berbadan besar, mempunyai kulit kehitam-hitaman, orang yang memandangnya tidak sanggup bertentang mata dengannya. Menurut Daneil lagi Barin dikatakan orang yang telah menamatkan permusuhan di antara Tudangan dan Kilimu dengan satu ikatan perjanjian. Sewaktu beliau datang ke Tudangan hanya tinggal anak-anak muda sahaja kerana kebanyakan orang tua-tua telah dibunuh oleh Gunsiou (Pahlawan) dari Kilimu. Jadi semenjak kedatangannya di Tudangan tiada lagi Gunsiou dari kampung lain berani menyerang kampung Tudangan.
36. Daripada Guntad Bin Tumbigoi Binti Barin Bin Gintok Bin Kanju, bahawa beliau sempat melihat Geporoi Bin Sindak Bin Kanju bersama dengan Rakiu Binti Yokondoi Binti Gatut Bin Kanju mati lemas di sungai
Liwogu. Beliau pada masa itu sedang menunggang Kuda.Peristiwa itu berlaku sekitar tahun 1940-an.
37. Daripada Nawali Bin kandaran menceritakan tentang kehebatan Gutau menyumpit. Gutau
adalah Suami Gawutong Binti Yulim Bin Gensim Binti Kanju, dan bapa kepada Kungkinai, Lunggos, Dongkiri, Kungkung dan Gidda. Selepas Gutau tidak ada lagi yang lebih hebat daripadanya tentang ilmu menyumpit yang pernah dilihatnya. Gutau dikatakan dapat menembusi tengkorank kepala kerbau.
37. Daripada Sataing Binti Yonduik Binti Gorindou Bin Yulim Binti Gonsim Binti Kanju, bahawa beliau menyatakan Gubayau dan Gandawoi adalah adik beradik dan sepupu datuknya Gorindou. Menurutnya lagi Lomino iaitu kakaknya pernah dijodohkan dengan Golitang Bin Gubayau tetapi tidak dibenarkan oleh orang tua kerana dikatakan mereka mempunyai ikatan keluarga iaitu Golitang pangkat Bapa manakala Lomino pangkat Anak.
38. Daripada Asiah Binti Laniam Binti Gominah Binti Gondisoi Binti Gensim Binti Kanju, pernah mendengar emaknya menceritakan tentang ikatan persaudaraan dengan Unggau Bin Gandawoi, Gohun Bin Yungkai dan Gubayau Bin Gumbitan. Dan menyatakan mereka juga keturunan Kanju. Beliau menyatakan lagi bahawa ada lagi saudara dari keturunan Kanju yang telah berhijrah ke Penampang.
39. Daripada Menuil Bin Kinsun Bin Gumindol Bin Kaddayau Bin Gumarui Bin Gatut Bin Kanju, bahawa beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang ikatan persaudaraan antara sebahagian keturunan Kanju.
40. Daripada Sadimah Binti Gubayau Bin Gumbitan Bin Gonsim Binti Kanju, menyatakan bahawa Tajau yang ada di belakang rumahnya adalah Tajau keluarga. Diharap keluarga Kanju dapat membina tapak pondok untuk tempat menyimpan Tajau tersebut.
41. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju, menyatakan bahawa ada sebiji Tajau untuk tanda ikatan kekeluargaan, tetapi beliau tidak mengetahui di mana tajau tersebut. Kenyataan beliau ini diceritakan sebelum penemuan Tajau tersebut di rumah Sadimah @ Gonsuri Binti Gubayau Bin Gumbitan Bin Gonsim Binti Kanju.
42. Daripada Aini Binti Owir Bin Inkoro Binti Sindak Bin Kanju menyatakan bahawa bapanya pernah menceritakan tentang ikatan persaudaraan dengan Gohun, Butit dan Ladat tetapi tidak mengetahui bagaimana ikatan persaudaraan tersebut berlaku.
43. Daripada Guruak Bin Giong Bin Gindap Bin Kanju beliau telah diceritakan oleh bapanya bahawa Sariban Bin Kadjah dan Gehun Bin Yungkai adalah saudara.
44. Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju, menyatakan bahawa Sariban Bin Kadjah dan Gehun Bin Yungkai adalah saudara. Beliau mengesahkan bahawa Sariban Bin Kadjah adalah dari keturunan Isteri Kanju manakala Gohun Bin Yungkai adalah dari keturunan Gonsim Binti Kanju.
45. Asiah Yassin, Muhamud Maidin, Guruak Giong dan Lasim Tukang mengesahkan bahawa keluarga Yungkai Bin Gamuran masuk dalam keluarga Kanju. Tetapi mereka tidak dapat memastikan dari keturunan siapa daripada 7 orang anak Kanju. Namun keluarga yang paling rapat dengan keluarga Yungkai Bin Gamuran adalah keluarga Gonsim.
46. Mahmud Bin Khatijah Binti Gindap Bin Kanju mengesahkan Sariban Bin Kadjah dan Gehun Bin Yungkai adalah saudara dan keturunan Kanju.
47. Daripada Asiah Binti Laniam Binti Aminah Binti Gondisoi Binti Gensim Binti Kanju menyatakan bahawa Tehipoi dan Kupin adalah saudara tetapi beliau tidak tahu bagaimana ikatan persaudaraan tersebut.
48. Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Bin Kanju menyatakan bahawa, beliau pernah mendengar neneknya bercerita tentang Gamuran dan Gumbitan. Gamuran anak Gensim iaitu sepupu sekali dengan neneknya Ladom. Beliau menceritakan lagi bahawa neneknya telah menceritakan tentang Gamuran yang pernah terkena najis ibu Nuri dimukanya. Pada masa itu Alam masih berkaki empat sentiasa naik di badan Gamuran yang sedang nenyak tidur. Jadi apabila Gamuran terjaga lantas beliau berkata kepada Alam bahawa beliau tidak sempat melihat Alam membesar kerana beliau sudah agak tua dan uzur. Tetapi Gamuran menyatakan kepada Alam bahawa walaupun dia telah meninggal dia akan menjeguknya setelah Alam dewasa. ( Pertemuan di antara Nuri Binti Ghani, Ishak Sanudin, Dora Ladat dan Paulina Inkam. Jam 4 petang 01/12/2005 ).
49. Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Bin Kanju beliau telah diceritakan oleh neneknya tentang ibunya Alam ketika berumur sekitar 9 – 12 tahun sewaktu perjalanannya menghantar nasi kepada ibunya Ladom di Sawah. Alam tiba-tiba merasakan ada sesuatu benda yang bergayut di bahunya. Lantas Alam pun melihat di belakangnya. Alam dengan rasa ketakutan dan terkejut melihat seekor babi bergayut di dibelakangnya lantas Alam pun berteriak memanggil ibunya Ladom. Apabila Ladom tiba di tempat anaknya, babi tersebut tiba-tiba sahaja hilang daripada pengelihatan. Maka berikutan daripada kejadian tersebut Alam jatuh sakit. Pada waktu malam Ladom pun membaca mentera sambil memegang Kemburongoh. Tujuan Ladom mengemburongoh ialah untuk memastikan apa benda yang mengganggu anaknya siang tadi. Sewaktu Ladom membaca mentera kemburongoh maka datanglah roh Gamburan yang menyatakan memohon maaf kepada Ladom kerana kejadian siang tadi dan menyatakan bahawa dia datang hanya bermain-main dengan Alam. ( Pertemuan di antara Nuri Ghani, Ishak Sanudin, Dora Ladat dan Paulina Ingkam. Jam 4 petang 01/12/2005 ).
50. Daripada Rasimah Binti Dualis Bin Gulagoi Binti Gendisoi Binti Gensim Binti Kanju, beliau menyatakan anak Gensim ada lapan orang adik beradik. Menurutnya lagi keturunan Gensim ada yang berada di sebelah sawah (Tarawas), serayo (Tembiau), Matan, Kandawayon, Rugading, Marakau, Napong, Kituntul Lama, Kituntul Baru, Badukan, Kilimu, Kigiuk, paka dan Sinarut. ( Pertemuan di antara Rasimah Dualis, Ishak Sanudin, Dora Ladat dan Paulina Inkam. Jam 3.30 petang 02/12/2005).
51. Daripada Gensuri @ Madsimah Binti Gubayau, beliau mengesahkan bahawa Inggidon adalah saudara yang paling rapat dengan mereka.
52. Daripada Kupin Bin Gangkut, beliau menyatakan bahawa semua keturunan Kanju adalah Saudaranya. Menurutnya lagi kebanyakan perkaitan parsaudaraan tersebut erlaku daripada ibunya Bagou Binti Limbunan. (Pertemuan di antara Kupin Gangkut, Ishak Sanudin, Dora Ladat, Paulina Inkam dan Apolo Ladat. Jam 11.00 pagi 02/12/2005).
53. Daripada Rasimah Binti Dualis Bin Gulagoi Binti Gendisoi Binti Gensim Binti Kanju, beliau menayatakan bahawa isteri Limbunan ialah Pangi. Pangi adalah salah seorang daripada 8 orang anak Gensim. Beliau seterusnya mengesahkan Kupin adalah dari keturunan Kanju. Beliau menegaskan bahawa antara saudara yang perlu disiasat keturunannya ialah Gudumi, Alam isteri Dato Ghani Gilong, Yumpil Isteri En. Sepikit, dan Wineh Binti Gabando kerana mereka mungkin dari keturunan Kanju. ( Pertemuan di antara Rasimah Dualis, Ishak Sanudin, Dora Ladat dan Paulina Inkam. Jam 3.30 petang 02/12/2005).
54. Daripada Kupin Bin Bagou Binti Pangi Binti Gensim Binti Kanju, beliau menyatakan bahawa sewaktu Giong Bin Gindap Bin Kanju Masih hidup, Giong pernah menyatakan kepadanya bahawa beliau (Kupin) adalah pangkat anaknya. Beliau menceritakan lagi bahawa bapanya (Gangkut) bersama saudara bapanya Gingot membesar di Sarawak kerana dibawa oleh orang Dayak. datuk dan nenak beliau sebelah bapanya telah di bunuh oleh orang Dayak ( askar British ) pada Zaman Mat Salleh. Gangkut sempat menjadi Polis selama 4 tahun di Sarawak kemudian bapanya berhenti dan seterusnya kembali ke Sabah. ( Pertemuan di antara Kupin Gangkut, Ishak Sanudin, Dora Ladat, Paulina Inkam dan Apollo Ladat. Jam 11.00 pagi 02/12/2005).
55. Daripada Maisin Binti Maidin, beliau pernah mendengar neneknya (Undiyik Binti Gebinda) bercerita tentang kaitan persaudaraan dengan keturunan Degkiri Bin Gewutong Binti Yulim Binti Gensim Binti Kanju tetapi neneknya tidak menyatakan bagaimana ikatan persaudaraan tersebut berlaku. Ibu Maisin iaitu Tohipoi menyatakan bahawa beliau mengetahui ada ikatan persaudaraan dengan Patuk Binti Gijaran, Lasim Bin Tukang dan sebahagian di kampung Matan iaitu Gehun Bin Yungkai. ( Pertemuan di antara Tohipoi, Maisin Maidin, Ishak Sanudin, Dora Ladat, Paulina Inkam dan Apollo Ladat. Jam 10.00 pagi 02.12.2005).
56. Daripada Maria Binti Ahau Bin Pangiran, beliau mengesahkan bahawa semua anak gensim adalah saudaranya. Dan beliau menyatakan perkaitan persaudaraan dengan mereka adalah dari datuknya Pangiran. Beliau tidak mengetahui siapa nama bapa Pangiran tetapi beliau akan cuba bertanya dengan orang-orang tua. Menurutnya lagi Pangiran adalah sebaris dengan Gulagoi Binti Gendisoi Binti Gensim Binti Kanju (Sepupu sekali). (Pertemuan di antara Maria Ahau, Piyik dan Ishak Sanudin. Jam 4.00 petang 03.12.2005)
57. Daripada Khalid Bin Hj. Jirin Bin Seliun Bin Gendisoi Binti Gensim Binti Kanju, beliau pernah mendengar bapanya berkata bahawa Gunggau Bin Gandawoi Bin Gumbitan Bin Gensim Binti Kanju adalah saudara. Tetapi tidak menyatakan bagaimana persaudaraan itu wujud. Beliau menyatakan perkara tersebut sebelum pencarian keluarga dijalankan.
58. Daripada Guruak Bin Giong Bin Gindap, beliau menyatakan bahawa Sariban Bin Ganjah, Seluntoi Bapa Dualis, Ambuting, Radani dan Gembidau adalah saudara dan juga Gungguman tetapi tidak mengetahui siapa keturunannya.
59. Daripada Guntad Bin Tumbigoi Binti Barin Bin Gintok Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa Ambuting, Gembidau dan Radani adalah saudara.
60. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju menyatakan bahawa Ambuting, Radani dan Gembidau adalah adik beradik dan ibu mereka ialah Gemom iaitu Gemom Binti Gindatung Bin Gensihon. Beliau menyatakan lagi bahawa Gensihon adalah saudara lelaki isteri Kanju. Gindatung berkahwin dengan Gintop. Menurutnya lagi beliau pernah diceritakan oleh datuknya sebelah bapanya bahawa Gensihon mempunyai 4 orang adik beradik iaitu 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Antaranya Gensihon dan isteri Kanju. Keturunan saudara Gensihon yang lain ialah Seluntoi Bin Gindung. Saudara kandung Gindung ialah Ingawu dan Gunsayad. Sariban Bin Ganjah juga pernah diceritakan sebagai saudara.
61. Daripada Mohd. Ainuddin Bin Mahmud Bin Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau pernah mendengar Radani menyatakan kepadanya, bahawa bapanya (Mahmud) adalah saudaranya iaitu sepupu ketiga.
62. Daripada Simoi Binti koding, beliau menyatakan bahawa semua anak Gensim yang ada dalam carta adalah saudaranya. Menurutnya lagi mereka adalah saudara terdekat tetapi selama ini tidak mengetahui bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud.
63. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju menyatakan bahawa nama-nama seperti Gungguman dan Unsuring juga ada disebut sebagai keluarga tetapi tidak dapat dikesan hingga setakat ini ( 05.12.2005 ). Beliau juga menyatakan bahawa, beliau tidak dapat mengesahkan keturunan Pangiran orang Kandawayon adalah termasuk dalam keluarga Kanju walaupun ramai keluarga Kanju bersaudara dengannya.
64. Daripada Guruak Bin Giong Bin Gindap Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa ibu Kaddayau ialah Kondolin kerana beliau sempat melihatnya semasa beliau masa remaja. Dan menurutnya lagi bahawa Kaddayau sendiri yang menyatakan kepadanya bahawa Kondolin adalah Ibunya.
65. Daripada Priscillah Binti Mediki Bin Gunsiau, beliau mengesahkan hampir semua keturunan Kanju adalah saudaranya.
66. Daripada Yakin Bin Sinit, Guntad Bin Gurod, Rasimah Binti Dualis, Sataing Binti Ambuting, Guruak Bin Giong, Amin Bin Gemboting, Daneil Bin Gelida, dan Nuri Binti Ghani mengesahkan bahawa Gudumi dan Mediki anak Gunsiau adalah saudara.
67. Daripada Amin Bin Gemboting dan Seriboi Binti Kunsaring, bahawa mereka pernah mendengar bapanya (Gemboting) pernah menyebut nama Kanju apabila bercerita tentang nama-nama keluarga. Mereka juga menyatakan bahawa Seluntoi, Begi’it dan Podoyo adalah saudara. Selain daripada itu bapa beliau (Gemboting) pernah menyatakan bahawa Khatijah Binti Gindap, Giong Bin Gindap, Yungkai Bin Gamuran, Guntad Bin Gurod, Ladom Binti Sindak, Gindalu Bin Demian, Patuk Bin Gijaran, Gulagoi Binti Gundiar dan Sataing Binti Ambuting adalah Saudara tetapi tidak menyatakan bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud.
68. Daripada Ishak Bin Sanudin menyatakan bahawa sepanjang kajian keluarga kanju dijalankan beliau sentiasa mendengar kebanyakan keturunan kanju mengesahkan Ambuting, Radani dan Gembidau serta Seluntoi, Begi’it dan Podoyo adalah saudara mereka. Bapa Seluntoi, Gembidau dan Begi,it ialah Gindung.
69. Daripada Giddow Bin Gamad, beliau menyatakan bahawa bapa Gunsiau ialah Getanda. Tetapi tidak meyakini 100 % kerana beliau sudah ingat-ingat lupa.
70. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Binti Yulim Binti Gensim Binti Kanju, beliau pernah bersama-sama dengan Gubayau Bin Gumbitan mengambil langsat. Pada waktu itu Gubayau menyatakan bahawa beliau (Sataing) adalah pangkat cucu. Menurutnya lagi beliau
pernah mendengar daripada datuknya tentang nama Getanda. Getanda adalah salah seorang saudara emaknya Yulim. Beliau juga menyatakan bahawa nama Gebinda tidak pernah disebut oleh datuknya dan beliau sendiri tidak tahu tentang mereka.
71. Daripada Jamian Bin Gunggau Bin Gandawoi Bin Gumbitan Bin Gensim Binti Kanju, beliau pernah mendengar bapanya menyatakan bahawa Gemboting adalah saudaranya tetapi tidak menceritakan bagaimana ikatan persaudaraan tersebut wujud.
72. Daripada Rasimah Binti Dualis Bin Gulagoi Binti Gondisoi Binti Gensim Binti Kanju, beliau menegaskan dengan penuh yakin bahawa Gomboting adalah salah seorang keturunan anak Gensim.
73. Daripada Nayun Bin Gudumi, Beliau menyatakan bahawa gemboting adalah saudara dan beliau menegaskan bahawa Gemboting adalah pangkat datuknya. Beliau juga menyatakan bahawa kebanyakan nama-nama dalam carta keluarga Kanju adalah saudaranya.
74. Daripada Sataing Binti Yenduik Binti Gerindou Bin Yulim Binti Gensim Binti Kanju, beliau dengan penuh keyakinan bahawa Gomboting adalah termasuk keturunan Kanju.
75. Daripada Madisang Bin Gindalu Bin Kondosoi Binti Kandarin Binti Gatut Bin Kanju, beliau pernah mendengar bapanya menyatakan bahawa Gomboting adalah saudara tetapi tidak menyatakan bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud.
76. Daripada Yakin Bin Patuk Binti Gijaran Bin Gatut Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa Gudumi juga termasuk keluarga Kanju.
77. Daripada Gabreil Bin Patuk Binti Gijaran Bin Gatut Bin Kanju, beliau menegaskan bahawa Gudumi dan Mediki adalah saudara dan termasuk dalam keluarga Kanju.
78. Daripada Aninah Binti Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau pernah mendengar Gudumi semasa hidupnya menegaskan kepada beliau bahawa mereka adalah bersaudara tetapi tidak menyatakan bagaimana persaudaran itu wujud.
79. Daripada Ahmat Bin Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau menegaskan Gudumi dan Mediki adalah saudara dan beliau menegaskan mungkin daripada keturuanan keluarga Kanju juga.
80. Daripada Dora Binti Ingkui Binti Yungkai Binti Gamuran Bin Gensim Binti Kanju, beliau menegaskan bahawa Gomboting Bin Geduman adalah saudara.
81. Daripada Paulina Binti Adinah Binti Inggidon Bin Gempalo Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa Ingkui Binti Yungkai Bin Gamuran Bin Gensim Binti Kanju (mentuanya) menganggap Gemboting sebagai pakciknya.
82. Daripada Ishak Bin Aninah Binti Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, sepanjang Kajian yang telah beliau jalankan tidak ada bukti yang kukuh membuktikan keturunan Gebinda iaitu Unsiyik dan Gebirou termasuk dalam keluarga Kanju. Tetapi ada ikatan persaudaraan.
83. Daripada Kasi Binti Kamsiah Binti Lunggos Binti Gewutong Binti Yulim Binti Gensim Binti Kanju, beliau menyatakan bahawa sebelum pencarian keluarga ini dijalankan, beliau sudah mengetahui sebahagian daripada keluarga Kanju adalah keluarganya.
84. Daripada Ishak Bin Aninah Binti Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa Kasi Binti Kamsiah Binti Lunggos Binti Gewutong Binti Yulim Binti Gensim Binti Kanju banyak membantu beliau mencari keturunan keluarga Gewutong.
85. Daripada Madisang Bin Gindalu Bin Kondosoi Binti Kandarin Binti Gatut Bin Kanju, bahawa beliau tidak mengetahui ada ikatan persaudaraan dengan Alantas Bin Gumingkas kerana sewaktu Rakiu Binti Gindalu Bin Kondosoi Binti kandarin Binti Gatut Bin Kanju berkahwin dengan Alantas tidak ada yang menyatakan bahawa mereka ada ikatan persaudaraan.
86. Daripada Kopin Bin Bagou Binti Pangi Binti Gensim Binti Kanju, bahawa beliau tidak mengenali Gebirou dan Unsiyik anak Gebinda dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar Gebinda adalah saudaranya.
87. Daripada Wahid Bin Gunggau Bin Gandawoi Bin Gumbitan Bin Gensim Binti Kanju, menyatakan bahawa beliau tidak pernah dengar daripada bapanya bercerita tentang ikatan persaudaraan dengan Gomboting kerana bapanya meninggal sewaktu mereka masih kecil. Dan beliau kurang bertanya tentang saudara pada masa itu.
88. Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Bin Kanju, beliau menyatakan bahawa keturunan Gudumi dan Mediki serta Goduman adalah anak Gensim. Beliau pernah mendengar neneknya bercerita tentang nama Gaduman. Menurutnya lagi beliau pernah mendengar serba sedikit tentang kedatangan Kanju ke Ranau. Menurutnya Kanju datang ke Ranau adalah untuk mencari rezeki. Beliau membawa peralatan seperti besi-besi dan tajau ke Ranau melalui sungai. Tidak diceritakan di mana dan apa sungainya. Kononnya setiap kali Kanju datang ke Ranau dia akan menginap di rumah keluarga isteri Kanju. Maka dengan ini beliau tertarik dengan salah seorang keluarga tempat beliau menginap. Beliau telah memilih seorang wanita yang terhandal dengan ilmu mentera tentang kemburongoh. Dikatakan juga tidak ada tandingan wanita tersebut tentang ilmu mentera kemburogoh pada masa itu. Keluarga wanita tersebut telah bersetuju Kanju menjadi keluarga mereka kerana mereka sudah mengetahui latar belakang Kanju yang lebih kurang setanding dengan ilmu wanita tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa semasa neneknya masih hidup, beliau telah diceritakan nama isteri Kanju tetapi beliau sudah lupa siapa namanya. Menurutnya lagi pada tahun 1960-an beliau (Nuri ) dengan emaknya pergi ke Tamu Ranau dan berjumpa dengan beberapa orang Iban di Tamu sedang menjual barangan dari Sarawak. Emaknya pun mengambil peluang untuk bertanya sama ada mereka pernah dengar tentang nama Kanju. Mereka menyatakan pernah mendengar nama Kanju dan keturunannya banyak di Ulu Iban Sarawak. Tetapi tidak menyatakan di mana letak Ulu Iban tersebut.
89. Daripada Amin Bin Gomboting Bin Geduman, beliau menyatakan bahawa datuknya Geduman memanggil Guringan iaitu bapa Sediyik sebagai ipar. Dan anak Gudumi memanggil beliau sebagai pakcik. Menurutnya lagi anak Geduman ada 2 orang iaitu Gemboting Dan Gembulu. Beliau menegasklan bahawa beliau tidak tahu di mana Gombulu dan keturunannya berada kerana sudah lama terputus hubungan dengan mereka. Beliau menyatakan Gembulu berhijrah ke Kota Kinabalu sekitar tahun 1920 an dan bekerja di ladang getah. Daripada sumber yang beliau perolehi Gombulu mempunyai anak dan keturunan Gombulu berada di Tenom tetapi masih belum dapat dikesan di mana tempatnya. Gembulu berkahwin dengan orang murut di Tenom, tetapi beliau tidak sempat balik di Ranau kerana telah dibunuh. Menurut beliau lagi mamanya Gemiak Binti Gimbagan memanggil Gubayau sebagai ipar.
90. Daripada Gudul Bin Gembud Bin Kondosoi Binti Kandarin Binti Gatut Bin Kanju, beliau pernah mendengar bapanya bercerita tentang ikatan persaudaraan dengan Gomboting Bin Goduman, Gelida Bin Barin, Garot Bin Geporoi, dan Gulagoi Binti Gundiar.
91. Daripada Guruak Bin Giong Bin Gindap Bin Kanju, beliau mengesahkan bahawa Geduman adalah keturunan Kanju, dan menyatakan bahawa isterinya adalah anak guringan iaitu Kembirin Binti Guringan. Menurut beliau Geduman berbadan besar lebih kurang sama dengan Geporoi. Beliau juga mengesahkan bahawa beliau pernah mendengar Gunsiar bapa Edong adalah anak angkat Sindak Bin Kanju. Menurutnya lagi bapanya Giong mempunyai abang iaitu Gendikung. Gendikung mempunyai seorang anak iaitu Gumpok Bin Gondikong tetapi telah dibinkan dengan adiknya Giong kerana Gondikung meninggal sewaktu Gumpok belum sempat dilahirkan.
92. Daripada Karimin Bin Khatijah Binti Gindap Bin Kanju, beliau mengesahkan bahawa Kupin Bin Gangkut adalah saudara dan termasuk dalam keluarga Kanju.
93. Daripada Hellen Binti Gubilil Bin Kaddayau Bin Gumarui Bin Gatut Bin Kanju, bahawa beliau mengetahui ada ikatan tali persaudaraan sebahagian daripada keluarga Kanju tetapi tidak mengetahui bagaimana persaudaraan itu wujud. Antara saudara yang pernah disebut oleh bapanya selain daripada keluarga Gatut ialah Gelida Bin Barin, Gulagoi Binti Gendisoi, Khatijah Binti Gindap, Kopin Bin Bagau dan Gemboting Bin Geduman.
94. Daripada Gebinsah Binti Lotus, beliau pernah mendengar Gomboting Bin Goduman menceritakan kepada beliau bahawa Lotus dengannya
( Gomboting ) adalah adik beradik. Mereka satu ibu tapi berlainan bapa.Ibu mereka ialah Kembirin. Menurut Gebinsah lagi Gudumi dengannya (Gebinsah ) adalah sepupu sekali.
95. Daripada Kopin Bin Bagou Binti Pangi Binti Gensim Binti Kanju, beliau mengesahkan bahawa semua keturunan Kanju adalah saudaranya tetapi tidak mengetahui bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud sebab ibunya tidak menceritakan kepadanya tentang ikatan persaudaraan itu. Beliau juga menyatakan bahawa Gumindol Bin Kaddayau adalah saudaranya dan beliau ( Gumindol ) adalah sepupunya. Menurutnya lagi ibunya Bagou dengan Kaddayau adalah sepupu kedua.
96. Daripada Nayun Bin Gudumi Bin Gunsiau Bin Getanda Bin Gensim Binti Kanju, beliau menyatakan bapa Gunsiau ialah Getanda. Pada mulanya beliau tidak mengetahui siapa bapa Gunsiau kerana beliau tidak ingat dan tidak pernah mendengar. Tetapi menurut Sataing Binti Ambuting salah satu anak Gensim saudara moyangnya Yulim ialah Getanda. Sewaktu beliau (Nayun ) ditemubual beliau tidak pasti Getanda itu adalah Bapa Gunsiau. Jadi beliau pun minta agar diberi masa beberapa hari untuk mencari Geran Tanah kepunyaan datuknya Gunsiau yang disimpan oleh saudaranya. Setelah beliau melihat sendiri Geran Tanah tersebut maka sahlah bahawa Getanda adalah bapa datuknya. Maka dengan ini secara langsung mengesahkan apa yang diberitahu oleh Sataing Binti Ambuting iaitu Getanda adalah salah seorang anak Gensim Binti Kanju. Menurut Nayun lagi semua nama-nama daripada keturunan Kanju yang diberitahu kepadanya adalah saudaranya. Antara yang disebutnya iaitu Gomboting Bin Goduman, Semua anak-anak Gayamut Binti Gindap, Gumpok Bin Gondikung, Patuk Binti Gijaran, semua anak Gindalu Binti Domian, Gelida Bin Barin, Guntad, Garot Bin Goporoi dan ramai lagi yang disebutnya.
97. Daripada Waidih Bin Medingal Bin Dangob Bin Danggaro Bin Gumbiling, beliau telah menceritakan serba sedikit tentang asal usulnya iaitu moyangnya Gumbiling berasal dari Nunuk Ragang kemudian berhijrah ke tempat lain melalui sungai Liwogu. Setelah beliau sampai di simpang sungai Melout beliau pun meneruskan perjalanan melalui sungai Melout sehingga sampai di kampung Mininsalu. Di situ beliau berkahwin dan meninggal. Beliau mempunyai anak lelaki bernama Danggaro. Danggaro berhijrah kembali melalui sungai sehingga beliau sampai di Kinasaraban. Beliau bersama dengan saudara mara tinggal sementara di Kinasaraban kemudian berpindah kembali ke Pahu. Danggaro menghabiskan hayatnya di Pahu, kemudian anaknya Dangob berhijarah kembali ke kampung Sosondoton. Dangob dikatakan tertarik dengan tempat baru tersebut sehingga beliau beranak pinak di situ. Sehingga kini keturunan Dangob
masih menetap di kg Sosondoton. Cerita beliau ini telah menguatkan lagi bukti yang menunjukkan kaum Dusun Ranau pada asalnya dari Kawasan Nunuk Ragang. Beliau juga menyatakan bahawa kampung yang tertua di kawasan Sarayo ialah Sosondoton, Toboh, Karanaan dan Tegudon.
98. Daripada Nuri Binti Alam Binti Ladom Binti Sindak Bin Kanju, beliau telah diceritakan oleh neneknya Ladom bahawa di antara anak lelaki Kanju yang paling besar ialah Gindap dan paling kecil di antara mereka ialah Gintok.
99. Daripada Noraini Binti Longkat Bin Lowviyoi Binti Gensim Binti Kanju, beliau pernah mendengar ibu tirinya ( Isteri pertama bapanya ) menyebut beberapa nama saudara sebelah bapanya. Ibu tirinya memberitahu kepadanya agar Noraini tahu saudara-saudara sebelah bapanya kerana bapa Noraini meninggal semenjak beliau berumur 7 bulan. Antara nama-nama yang disebut tersebut ialah Garot, Gumpok, Gulagoi, Kupin, Patuk, Gudumi, Idong, Gunggau, Gelitang, Semion Bin Kunpal, Kasaman dan banyak lagi. Beliau menyatakan lagi bahawa ramai lagi yang disebut oleh mama tirinya tetapi beliau tidak berapa ingat lagi kerana pada masa itu beliau masih kecil. Dan beliau menegaskan sehingga kini beliau tidak tahu bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud.
100. Daripada Adimah Binti Gumpitak Bin Gurupong, beliau pernah mendengar bapanya menyatakan tentang ikatan keluarga kepada sebahagian besar keluarga Kanju iaitu, Gomboting, Giong, Gindalu, Gulagoi tetapi tidak menyatakan bagaimana ikatan persaudaraan itu wujud. Beliau telah menyatakan bahawa
101. Daripada Jumin Bin kkk menyatakan bahawa Orang Iban/Dayak yang datang ke Sabah sebelum Zaman Mat Salleh bukannya berasal dari Sarawak tetapi berasal dari Kalimantan, Indonesia. Beliau menyatakan bahawa moyangnya juga berketurunan Iban/Dayak. Di Kalimatan pertempatan orang Iban yang paling ramai ialah di Pontianak dan Berau.
102. Menurut Elizabert A/P Umai (Orang Iban ) menyatakan bahawa “KANJU” dalam bahasa Iban adalah Kaki Lima atau sesuatu ruang di antara rumah dengan dapur. Rumah orang dulu, biasanya kawasan ruang tamu dan dapur tidak bercantum ia dipisahkan oleh kaki lima yang diistilahkan oleh orang Iban “KANJU”.
103. Daripada Amin Bin Gomboting, beliau menyatakan bahawa datuknya Goduman berbadan besar, tinggi dan kuat ( Agaras ). Neneknya meninggal sewaktu bapanya Gomboting masih kecil dan masih menyusu ibunya. Beliau juga menyatakan bahawa bapanya Gomboting mempunyai Abang tetapi beliau tidak pernah nampak sebab abang bapanya ( Gobuluh ) pergi ke Kabun (KK) sewaktu beliau belum lahir. Menurutnya lagi Gobuluh pernah berkahwin dan mempunyai anak tetapi setakat ini masih belum dapat dikesan.
104. Daripada Nuri binti Alam binti Ladom binti Sindak bin Kanju,

oleh Ishak Sanudin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan