Jumaat, 21 Ogos 2009

Asal-Usul KANJU

KANJU
01. Kanju berasal dari Sarawak, berketurunan Iban. Beliau datang ke Sabah sekitar tahun 1820-an. Tujuan beliau ke Sabah adalah bertujuan berniaga ( Megindapo ). Barang-barang yang dibawa oleh beliau dari Sarawak ialah Besi, Tajau dan Gong.
02. Beliau datang ke Ranau khasnya melalui sungai. Setiap kali beliau datang ke Ranau beliau akan menginap di rumah bakal mentuanya. Setelah beliau berkahwin beliau telah diberi kepercayaan untuk mengetuai beberapa pertempuran ( Misagod ).
03. Mengenai saudaranya di Sarawak tidak ada yang mengetahui sama ada beliau mempunyai saudara kandung di sana.

ISTERI KANJU
01. Isteri Kanju tidak diketahui siapa namanya kerana tidak ada lagi yang tahu. Asal usul isterinya ada yang menyatakan dari kampung Gana-gana / Solong.
02. Isterinya adalah seorang ‘Bobolian’ yang terkenal dan terhebat dikalangan wanita di kawasan mereka pada masa itu.
03. Isteri Kanju mempunyai 4 orang adik beradik, iaitu 2 orang perempuan dan dua orang lelaki. Salah seorang saudara lelakinya ialah Gonsihon. Keturunan Gonsihon masih diketahui sehingga kini. Manakala saudaranya yang lain tiada lagi yang tahu keturunannya.
04. Keturunan isteri Kanju juga digelar ‘Gayo Wulun’ kerana mempunyai saiz badan yang besar dan tinggi. Ini terbukiti daripada anaknya Sindak dan Gindap. Ada cerita yang menyatakan bahawa jari Sindak sebesar pisang emas ( Kadau ).
ANAK KANJU
01. Anak Kanju seramai 7 orang, iaitu 5orang lelaki dan 2 perempuan. Anak sulung Kanju ialah Sindak seterusnya Gindap, Gatut, Gonsim, Gintok, Gonsinim dan Gampalo.
02. Antara 5 orang anak lelaki Kanju, paling tinggi di antara mereka ialah Gindap dan paling rendah di antara mereka ialah Gintok.
03. Tempat kelahiran anak Kanju ialah di Pogun Bundu / Bangkad / Kg. Kituntul Lama.
Iaitu di kawasan pertemuan sungai Liwago dan sungai Mansahaban.
04. Tahun kelahiran anak-anak Kanju sekitar tahun 1830-40-an. Di antara anak Kanju Gonsim adalah anak Kanju yang awal kahwin dan paling lewat berkahwin di anatara mereka ialah Gindap iaitu ketika berumur 40-an tahun. Diceritakan juga bahawa Gonsim adalah di antara anak Kanju yang paling awal meninggal.

TEMPAT KEDIAMAN
01. Asal usul isteri Kanju adalah dari kawasan Kg. Gana-Gana dan Solong. Mereka berhijrah ke kawasan Tanah Rata ( Pogun Bundu / Bangkad / Kituntul Lama ) melalui sungai Liwagu. Oleh sebab pada masa itu sebahagian besar kawasan Tanah Rata tidak boleh didiami kerana kawasan Lumpur ( Buyut ), maka mereka hanya berada di pinggir-pinggir sungai Liwagu dan Mansahaban.
02. Menurut cerita orang tua-tua kawasan Tanah Rata pada masa yang lalu adalah sebuah tasik sehingga kawasan tersebut dipenuhi dengan Lumpur dan ditumbuhi dengan sejenis tumbuhan seperti buluh ( Warang ). Menurut Hamka Dol Suhaili, sewaktu beliau belajar di sebuah Univerisiti di Semananjung Malaysia, beliau telah melihat sebuah peta lama yang telah dibuat oleh British. Dalam peta tersebut dinyatakan di tengah-tengah kawasan Sabah terdapat sebuah tasik yang yang diberi nama Tasik Victoria, dan berhampiran dengan tasik Victoria tersebut ada sebuah gunung yang tertinggi. Jadi apa yang dimaksudkan tasik Victoria tersebut adalah tidak lain adalah kawasan Ranau. Kemungkinan besar tasik tersebut sudah lama wujud lebih kurang 100 tahun hingga 200 tahun. Sehinggalah sekitar tahun 1920-an hingga kini kawasan tanah rata semakin hari semakin keras dan telah pun didiami sehingga menjadi pusat pertempatan yang pesat di Daerah Ranau.
03. Pada masa yang lalu hampir 70 % kawasan tanah rata didiami oleh keluarga Kanju. Ini membuktikan bahawa keluarga Kanju adalah penoraka kawasan tanah rata yang terawal. Kawasan yang terawal diterokai oleh keluarga Kanju ialah Pogun Bundu, Kituntul, Matan, Marakau dan Sinarut Lama. Tetapi pada masa sekarang penduduk di kawasan tanah rata sudah bercampur dengan penduduk yang datang dari kawasan bukit, tanah tinggi ( Serayo ).
04. Menurut Nuri anak perempuan Alam, iaitu cucu Ladom Binti Sindak beliau telah diceritakan oleh neneknya Ladom bahawa anak Kanju iaitu Sindak , Gindap dan Gatut tidak pernah berpindah daripada tempat kelahirannya. Mereka menetap di situ hingga mereka beranak pinak.Namun demikin antara ketiga-tiga mereka Sindak dan Gindap tinggal serumah sehingglah mereka berkahwin. Malah ada yang menyatakan mereka serumah hingga akhir hayat mereka. Menurutnya lagi Sindak pernah menjadi Ketua Kampung Pogun Bundu pada masa itu. Gampalo dan Gonsinim pula berhijrah ke Kampung Napong dan menetap di situ hingga ke akhir hayatnya. Gintok berkahwin dengan perempuan Waang dan berhijrah mengikut isterinya di waang. Gintok mempunyai seorang anak bernama Barin, kemudian Barin kembali semula ke kawasan Tanah Rata dan menetap di Kampung Tudangan sehingga akhir hayatnya. Gonsim pula menetap di kawasan Matan iaitu sepanjang pinggir sunggai Liwagu.

Begitulah serba ringgkas latar belakang keluarga Kanju, diharap sejarah latar belakang keluarga Kanju ini dapat ditambahbaikan pada masa akan datang. Diharap juga agar buku ini dapat dibaiki dan dimurnikan lagi untuk tetapan Genarasi keturunan Kanju di masa akan datang.

Nota : Segala kesilapan ejaan nama dan jantina yang berlaku dalam buku ini diharap dapat dibaiki.

Ishak Sanudin /2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan